Thursday, 12 May 2016

Bisnes Biskut Timbang

Dalam beberapa tahun ini bermacam jenis perniagaan makanan bermusim atau lebih dikenali sebagai trendy foods telah diperkenalkan di Malaysia. Antaranya seperti perniagaan burger bakar, bubble tea, cupcakes, durian crepe, kiros, ayam gunting dan bermacam lagi. Ingin sekali saya utarakan salah satu makanan bermusim yang belum dinyatakan dalam contoh-contoh sebelumnya iaitu biskut timbang. Siapa yang tak pernah tahu tentang biskut timbang ini? Semestinya semua orang tahu, sebab perniagaan biskut timbang ini ada pengaruh dan kekuatannya tersendiri. Saya akan terangkan kekuatan perniagaan biskut ini satu per satu dalam rencana kali ini.
Macam mana boleh muncul idea biskut timbang ini.? Perniagaan jenis ini sememangnya telah wujud sejak berkurun lamanya, sedari zaman kecil kita lagi. Cuma ianya banyak didapati di kedai-kedai runcit dan supermarket, dijual timbang pada harga berlainan mengikut jenis atau variety tertentu. 
Anak tengah seronok bersama
gula-gulanya

Bermula sejak 2 tahun lepas kalau tidak silap, ada individu memulakan inisiatif dengan memperagakan tin-tin biskut disusun kemas pada skala besar dan menjualnya secara timbang pada harga sekata tanpa mengira jenis biskut. Sememangnya strategi sebegini amat berkesan dan berjaya menarik orang ramai untuk membeli. Maka jadilah satu ikutan dalam perniagaan yang kebanyakannya dipelopori kalangan gen-Y.

Apakah kekuatan B.I.S.K.U.T ini (haha, spelling bagai..)
1.       Diterima segenap lapisan masyarakat
Dari peringkat bayi sehingga usia emas, semua menggemari biskut mengikut citarasa tersendiri. Dan ada sesetengah jenis biskut masih bertahan sehingga sekian dekad dan boleh mengimbau zaman kecil mereka
2.       Pelbagai warna dan bentuk
Dengan kepelbagaian begini boleh menarik perhatian sesiapa sahaja. Walaupun niat mulanya hanya ingin ushar dulu, akhirnya terbeli juga disebabkan rasa ingin mencuba.
3.       Mudah dan selamat
Biskut mengandungi kurang bahan berbahaya jika dibanding dengan makanan diproses yang lain, hampir kepada bahan-bahan asas sahaja. Pewarna sahaja yang perlu dirisaukan, itupun dalam kuantiti yang sedikit.
4.       Tahan lama
Hampir kesemua produk biskut mempunyai tempoh hayat yang agak lama jika dibanding dengan makanan lain.
5.       Pengalas perut. Tidak ringan, tidak juga berat
Anda sendiri boleh bayangkan tahap keberatan makanan ini. Sangat sesuai untuk juadah petang, bersama minuman kopi. Sesetengahnya buat stok back up bila tetiba rasa malas nak masak atau keluar makan.
6.       Dibeli untuk pelbagai tujuan tertentu
Boleh buat sampingan kuih raya, door gift, mini hamper dan bermacam lagi
7.       Terapi untuk terus produktif dalam kerja
Part last ni memang agak kontroversi, haha. Tapi memang ada kebenarannya. Bila rasa mengantuk atau bosan ditempat kerja, boleh cuba membiskut…

Biskut dan snek-snek ini buka  sahaja dijual borong,
malah ada juga yang dijual secara runcitan
Nampak tak kekuatan biskut ini? Tidak ramai yang tahu pun kekuatan terlindung biskut ini. Antara sebab-sebab inilah pemilik bersama Biskut Lejen iaitu En Zack dan Pn Nora tekad memulakan perniagaan ini sejak dua tahun lepas. Dan lebih dramatis sekali hanya bermodalkan RM500 sahaja!! Berkat kerajinan, kesungguhan dan iltizam yang tinggi selain tawakkalnya kepada Allah S.W.T akhirnya mereka mampu bernafas lega dengan memiliki sebuah pusat borong mereka sendiri yang baru dibuka sebulan lepas di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih.
Biskut Lejen merancang menyewa lot kedai hanya bertujuan dijadikan sebagai stor simpanan dan membuka pembelian kepada pemborong sahaja. Tanpa disangka, permintaan runcit juga amat menggalakkan dikalangan masyarakat setempat di sana. Kini stor tersebut turut dijadikan kedai untuk jualan runcitan khusus kepada biskut dan kudapan.
Biskut Lejen begitu aktif disekitar Putrajaya, dan mempunyai pelanggan tetap di sana. Kemahsyuran Biskut Lejen mula meniti setiap bibir penduduk Lembah Klang dan menerima pesanan-pesanan yang agak berat juga untuk ditangani. Maka En Zack dan Pn Nora mula membuka peluang perniagaan kepada sesiapa berminat untuk menjadi ejen bagi pihak mereka bukan sahaja di Lembah Kelang, malah seluruh Malaysia. Insya Allah, senarai harga borong biskut beserta gambar akan dikemaskini di lain hari.
Buat masa ini sekiranya berminat? Hubungi nombor tertera dibawah:
Zack: 017-3947332                            Nora: 011-17906487
Pandangan dari sudut dalam stor simpanan tin-tin biskut.
Peniaga biskut boleh memasuki ruangan stor ini untuk melihat
senditi kepelbagaian biskut-biskut yang ada


Disebelah kanan ini pandangan dari luar Kedai Biskut Lejen.
Simple je, tapi padat dengan stok biskut, untuk menampung
permintaan sekitar Lembah Kelang