Dalam beberapa tahun ini bermacam jenis
perniagaan makanan bermusim atau lebih dikenali sebagai trendy foods
telah diperkenalkan di Malaysia. Antaranya seperti perniagaan burger bakar,
bubble tea, cupcakes, durian crepe, kiros, ayam gunting dan bermacam lagi.
Ingin sekali saya utarakan salah satu makanan bermusim yang belum dinyatakan
dalam contoh-contoh sebelumnya iaitu biskut timbang. Siapa yang tak pernah tahu
tentang biskut timbang ini? Semestinya semua orang tahu, sebab perniagaan
biskut timbang ini ada pengaruh dan kekuatannya tersendiri. Saya akan terangkan
kekuatan perniagaan biskut ini satu per satu dalam rencana kali ini.

![]() |
Anak tengah seronok bersama gula-gulanya |
Apakah kekuatan B.I.S.K.U.T ini (haha, spelling
bagai..)
1.
Diterima segenap lapisan masyarakat
Dari peringkat bayi sehingga usia emas, semua menggemari biskut mengikut
citarasa tersendiri. Dan ada sesetengah jenis biskut masih bertahan sehingga
sekian dekad dan boleh mengimbau zaman kecil mereka
2.
Pelbagai warna dan bentuk
Dengan kepelbagaian begini boleh menarik perhatian sesiapa sahaja. Walaupun
niat mulanya hanya ingin ushar dulu, akhirnya terbeli juga disebabkan rasa ingin
mencuba.
3.
Mudah dan selamat
Biskut mengandungi kurang bahan berbahaya jika dibanding dengan makanan
diproses yang lain, hampir kepada bahan-bahan asas sahaja. Pewarna sahaja yang
perlu dirisaukan, itupun dalam kuantiti yang sedikit.
4.
Tahan lama
Hampir kesemua produk biskut mempunyai tempoh hayat yang agak lama jika
dibanding dengan makanan lain.
5.
Pengalas perut. Tidak ringan, tidak juga berat
Anda sendiri boleh bayangkan tahap keberatan makanan ini. Sangat sesuai
untuk juadah petang, bersama minuman kopi. Sesetengahnya buat stok back up bila tetiba rasa malas nak masak
atau keluar makan.
6.
Dibeli untuk pelbagai tujuan tertentu
Boleh buat sampingan kuih raya, door gift, mini hamper dan bermacam lagi
7.
Terapi untuk terus produktif dalam kerja
Part last ni memang agak kontroversi, haha. Tapi memang ada kebenarannya.
Bila rasa mengantuk atau bosan ditempat kerja, boleh cuba membiskut…
![]() |
Biskut dan snek-snek ini buka sahaja dijual borong, malah ada juga yang dijual secara runcitan |
Biskut Lejen merancang menyewa lot kedai hanya
bertujuan dijadikan sebagai stor simpanan dan membuka pembelian kepada
pemborong sahaja. Tanpa disangka, permintaan runcit juga amat menggalakkan
dikalangan masyarakat setempat di sana. Kini stor tersebut turut dijadikan
kedai untuk jualan runcitan khusus kepada biskut dan kudapan.
Biskut Lejen begitu aktif disekitar Putrajaya,
dan mempunyai pelanggan tetap di sana. Kemahsyuran Biskut Lejen mula meniti
setiap bibir penduduk Lembah Klang dan menerima pesanan-pesanan yang agak berat
juga untuk ditangani. Maka En Zack dan Pn Nora mula membuka peluang perniagaan
kepada sesiapa berminat untuk menjadi ejen bagi pihak mereka bukan sahaja di
Lembah Kelang, malah seluruh Malaysia. Insya Allah, senarai harga borong biskut beserta gambar akan dikemaskini di lain hari.
Buat masa ini sekiranya berminat? Hubungi nombor tertera dibawah:
Zack: 017-3947332 Nora:
011-17906487